Tuesday, October 30, 2012

Gelongsor terpakai

1st projek aku yang melibatkan kayu. Projek ni tercetus akibat dari desakan anak aku yang setiap minggu mahu pergi ke taman.

Aku mula dengan mengumpul kayu-kayu terbuang. Kayu ni aku amik di rumah mak mertua aku yang tengah buat renovation. Al maklum le nak jimat so guna kayu-kayu terbuang. Ok tak nak cerita banyak mari kita mulakan.

Mula dengan memilih atau cari kayu yang sama panjang, sama besar dan kalau boleh semuanya sama. kalau tak sama jangan risau. Ok projek aku kali ni seperti tajuk aku akan tunjuk cara nak buat gelongsor dari bahan dan kayu terpakai.


Bahan-bahan yang aku gunakan: kayu, kayu dan kayu :-). Untuk buat gelongsor kita perlukan kayu untuk buat tapak, kaki/kekuda dan papan untuk buat gelungsornya. Dah tentu juga kita perlukan tools seperti tukul, paku, pita pengukur dan apa-apa je yang menyenangkan kerja.

Untuk buat gelungsor kita kena tahu matematik sikit, so sapa yang kurang bijak matematik jangan risau anda boleh main hentam je. So dalam kes aku aku guna teori phytagoras (betul ke ejanya). Kau orang percaya ke? hahahaha

Dalam step ni pastikan ada 2 kayu panjang lebih kurang 6kaki untuk dijadikan tempat pemegang dan penyambung kepada kekuda. 2 kayu pendek untuk tiang, panjangnya terpulang, pastikan iannya panjang, 2 atau 3 kaki sudah cukup (tiang ni akan mempengaruhi sudut kecuraman bagi gelungsor. Kalau terlalu pendek ia tidak menghasilkan gelungsor yang langsung. 2 kayu pendek lagi dijadikan penyendal untuk kekuda gelungsor dan satu papan atau plywood yang sama panjang dengan kayu panjang.

Siap dipakukan dan diterbalikkan
Kayu panjang & papan dipakukan
Mula-mula pakukan kayu panjang dengan plywood atau papan gelungsor(rujuk rajah). Kayu panjang akan berada diposisi atas apa selesai dipakukan. Kayu panjang ni berfungsi sebagai pemegang papan gelungsor dan juga ia akan bertindak sebagai  penahan dan pemegang. Jika dilihat dirajah sebelah kayu panjang melebihi papan ini tidak mengapa.

Next, aku ukur ketinggian gazebo, kenapa aku buat begini? kerana aku akan jadikan gazebo aku sebagai entrance ke gelungsor. Kauorang boleh le wat pakai kerusi ke, meja ke kalu dah tak ada gazebo. Kalu dah tak de pita pengukur boleh ukur guna pencil(rujuk gambar sebelah). 


 Pakukan kayu tiang ke kayu panjang. Ulangi proses diatas untuk tiang satu lagi. Pastikan kaki atau tiang yang dipasang selari dengan gazebo atau base untuk entrance gelungsor. PETUA : paku satu dahulu kemudian test dahulu dan jika dah ok paku sebatang lagi.

  Setelah tiang dipakukan pada kayu panjang & papan gelungsor, guna 2 lagi kayu pendek dan pakukan kepada tiang dan papan gelungsor untuk dijadikan kekuda gelunsor. Ini akan mengukuhkan lagi gelungsor yang dibina. PETUA: Untuk memaku tiang dengan kekuda, alas tiang dengan sesuatu seperti gambar disebelah supaya senang untuk proses pemakuan.

Ulangi untuk kekuda yang kedua. Kali ni tiang tidak lagi goyang.

Untuk pastikan kaki dan kekuda gelungsor kita kuat dan kukuh, tambahan penyendal diperlukan. kali ini kita perlu pakukan kayu pada kedua-dua tiang. Pakukan juga sebatang kayu pada hujung gelungsor yang mana kayu ini berfungsi sebagai penyendal pada tanah.

Jika dilihat pada tiang saya sengaja lebihkan tiang tu atas sebab untuk dijadikan pemegang. Senang untuk kanak pegang sebelum mengelungsor. Tapi kalu tak mahu boleh le gergajikan.



Seterusnya dapatkan tikar getah atau kadbod atau apa saja yang boleh cover plywood/papan yang agak kasar agi kotor. Pastikan material yang digunakan bercirikan licin, tahan panas mentari dan tahan air. Cover keseluruhan gelungsor termasuk tiang & kayu supaya anak-anak tidak terkena selumbar. Kemaskan cover tadi dengan menggunakan paku tekan atau stapler. dah siap projek gelungsor. Masa untuk hasilkan lebih kurang 3jam. Selamat mencuba.

 


 

Tuesday, October 23, 2012

Cara nak halau kucing dari "membuang" dikawasan rumah

Ada beberapa teknik yang aku terbaca dari laman blog cara untuk halau kucing dari membuang hajat merata-rata dikawasan rumah. Antaranya ialah menyembur cuka dipagar atau kawasan yang dimasuki kucing, letak minyak diesel, minyak bekas goreng ikan, ada juga yang menggunakan hi-tech ia ultrasonic yang boleh mengeluarkan bunyi yang boleh menakut kucing, ada juga yang menyarankan agar kita mengisi botol air mineral dengan air paip dan diletakan dilaluan kucing dengan alasan bila kucing melihat botol akan ada reflection dari air dan reflection ni boleh menalutkan kucing berkenaan.

Aku ada cuba beberapa cara di atas namun aku tak dapat nak buktikan sejauh mana kebenarannya sebagai contoh aku pernah mencuba letak air didalam botol mineral(sehingga sekarang aku guna teknik ini iaitu aku letak botol mineral diatas keta. Nampaknya sekarang sudah tiada bulu kucing yang melekat pada keta. Nape letak botol air mineral yang mengandungi air...?Alasannya simple je bila kucing tu tengok botol tu dia ada reflection kucing kat botol, yg mana reflection tu akan membuat kucing nampak besar atau gemuk ini akan menakutkan kucing berkenaan. Namun aku x boleh katakan bahawa kaedah ini berkesan kerana aku tidak membuat pemerhatian (tak sanggup aku nak berjaga malam semata-mata kerana nak tengok hasilnya).

Aku juga ada letakkan minyak diesel dipagar (jgn letak atas rumput nanti rumput akan mati) kaedah ini juga nampak cam berjaya kerana jika dulu dikawasan halaman rumah akan seminggu sekali pasti ada najis kucing tapi setelah aku letak minyak diesel hampar 2.5 minggu tiada kesan najis pun begitu masuk je minggu ketiga dah ada balik ini mungkin kesan minyak diesel hilang akibat hujan.



Bawah Gazebo spot paling favourite bagi kucing jiranku
melabur
Selain dari teknik yang aku sebut diatas aku ada terpikir satu teknik lagi yang mungkin secara logiknya kurang efektif tapi sebenarnya memang efektif. Teknik ni ialah dengan meletakkan jaring/pagar jaring dikawasan laman rumah. Teknik ni aku ada buat eksperimen dihalaman rumah aku. Aku letak pagar jaring diatas rumput yang mana dahulunya menjadi favourite kucing jiran aku membuang. sehingga sekarang dah masukk 6 bulan tiada kesan tompokan najis kucing pun. Bukan sahaja dilaman depan rumah aku buat lagi eksperimen dikawasan lebih luas dibelakang rumah aku dgn keluasan lebih kurang 400kaki persegi. Kawasan belakang rumah aku juga adalah tempat favourite kucing2 jiran aku membuang. Setelah aku letak pagar jaring dispot berkenaan, aku dapati kawasan yang ada pagar jaring tiada najis malah kali ni lokasi najis telah berpindah ke kawasan yang tiada pagar jaring. So secara logiknya kucing akan mencari kawasan yang senang untuk dia membuang  dan menyembunyikan najis mereka. Oleh kerana ada jaring maka proses nak menggali dan menguis tanah/pasir atau rumput susah dilakukan oleh kucing itu pasal dipindah lokasi membuang.

So U all boleh tengok gambar dibawah cam na aku pasang pagar jaring senang je just letak kat atas tanah dah siap atau sapa yang creatif skit boleh buat macam kotak jaring.

Sekian selamat mencuba.