Saturday, November 2, 2013

Alahai bumbung bocor

Kali ni DIY aku adalah tampal bumbung yang bocor. Pasti ramai yang dah tahu cara- cara nak tampal bumbung bocor namun aku nak cerita gak cam na nak tampal bumbung bocor coz laman blog ni adalah blog dari amatur kepada amatur.

Banyak yang anda boleh save (RM) kalu wat sendiri, boleh dikatakan berganda2 le savenya. Tak percaya cuba call orang yang baiki bumbung berapa dia caj?

Ok menampal bumbung yang bocor bukanlah susah kerjanya senang je. Namun dalam kesenangan itu ada kesusahannya.

Senangnya

  1. Kesan tempat bocor pastu sapukan tar atau silicon atau simen


Susahnya:
Bawah bumbung

  1. Nak cari tempat bocor
  2. Nak panjat bumbung
  3. Malas(paling ramai mengatakan susah keranan malas) :-)
Cam na nak kesan kebocoran bumbung?
  1. Tengok pada siling (biasanya jika ada tompokan hitam atau warna sepert teh tarik maka disitu lah lokasinya)
  2. Pastu pada siling berkenaan anda buka dan tengok pada bawah bumbung dari siling berkenaan.
  3. Cari kesan air yang boleh nampak pada kayu dibawah bumbung(alang)
  4. Jika terdapat kesan pada kayu atau dah tahu mana punca aliran air tibanya masanya untuk proses menampal bumbung.
  5. Untuk tampal bumbung kena buat disebelah atas bumbung( nak buat sebelah bawah pun boleh tapi tak praktikal).
Cara nak tampal dan tempat yg perlu ditampal.
  1. Lokasi kebocoran telah dikesan kalu tak jumpa punca kebocoran anda boleh agak2 je tapi sakit sikit le kerana kita nak kena tampal banyak.
  2. Panjat bumbung dan pergi ketempat yang dikesan kebocoran.
Biasanya kita perlu tampal pada bumbung yang paling hujung. Yanga paling hujung ada dua keadaan iaitu rabung dan pertemuan saliran.

Anak panah menunjukkan tempat yang biasa berlakunya bocor.
Kenapa bocor?

Biasanya kebocoran diakibat dari 
  1. simen yang ditampal pada rabung sudah pecah atau retak
  2. atap genting lari dari kedudukan asal(teralih atau bergerak atau jatuh)
  3. bagi bumbung zink atau asbestor biasanya disebabkan ada lubang atau pecah atau ada benda keras jatuh keatas bumbung.
Bahan tampalan
  1. Tar
  2. Simen
  3. Silicon
Tar ditampal pada lubang atau rekahan yang terdapat pada bumbung

Rekahan simen pada salur udara disapu dengan tar
Silikon

Tar


Berapa Kos? 
Murah je 1 tin(gambar diatas) harga tar RM 23 tin besar(lebih kurang 1liter) yang kecik RM 8.80 300ml kalu tak silap.

Silicon 1batang berharga RM8 + RM 10(sarung penekan silikon)

Simen beli yang timbang dalam 1kg RM 2


Mana yang elok?
Paling mudah digunakan adalah silikon ianya kemas dan bersih tahan panas juga
Tar mencomotkan bumbung kerana color hitam ia juga tahan panas murah compare to silikon.
Simen antara yang termurah. ketahanan bergantung pada bancuhan simen.

Tips
  1. Tampal bumbung pada waktu pagi. Sebelum bumbung menjadi panas. Jika panas ia akan memberi masalah pada anda untuk memanjat dan jika guna bahan tar ianya lambat kering kerana bumbung yang panas akan mencairkan tar tersebut.
So selamat mencuba dan berhati-hati memanjat bumbung. Walaupun kaedah DIY menjimatkan anda perlu juga menitik beratkan soal keselamatan. Make sure amik insuran dulu hehehehe.



 


Sunday, October 13, 2013

Pernahkah anda terfikir....?

Post ni berkaitan dengan cara-cara dan teknik-teknik mudah dalam mengharungi kehidupan seharian.
Biasanya kita tidak terfikir apa yang akan anda saksikan ini. Ianya nampak simple tapi percayalah ia akan membuat hidup anda lebih bermakna.





Boleh rujuk link ini KLIK SAYA

Page ini bukan aku yang buat atau bukan idea aku ni aku dapat dari seorang kawan yang share kan.
Idea-idea sebegini yang aku cuba untuk paparkan pada kau orang semua.  So semoga ia memberi idea buat semua untuk berfikiran lebih kreatif.

Saturday, October 12, 2013

DIY Smart TV murah

Lama sungguh dah tak ber DIY. Al-maklum banyak keje nak kena settlekan. Topik kali ni adalah pasal DIY smart tv. Sekarang ni kalu dilihat dekat pasaraya dan kedai barangan letrik banyak dipamerkan smart tv. Macam -macam jenis yang ada. Ada yang mahal dan ada yang murah. Naik pening dibuatnya.

Yang cam gini tak nak
Kalu cakap pasal smart tv ianya perkara basic perlu ada ialah connection to internet le dengan kata lain tv tu boleh tengok you tube tak dan boleh streaming(pada aku le) boleh rujuk pakcik wiki. Namun bagi tv2 yang canggih seperti sams**g pendekatan smart tv diaorang memang berbeza le. Boleh dikatakan smart and canggih le.

Ok cam na aku kata boleh buat smart tv murah. Ideanya senang je.

Apa yang diperlukan sebuah tv( bila aku cakap tv kena rasional sikit jgn kauorg pakai tv yang CRT).
Terbaekk

TV yang diperlukan yang nipis2 plasma,LCD atau LED yang ada HDMI port. Make sure HDMI port ada 2 kalu tak nanti kauorng nak tengok AS**O cam na, takkan setiap kali nak kena cabut and cocok.

Kalu tak nak cabut cocok boleh beli splitter kalu pakai splitter kos bertambah sikit. Harga splitter mahal gak dalam RM 250 boleh dibeli di lazada.com.my (Sarowin HDMI 1 In To 2 Out V1.4 Video Splitter (HDSP0102N) 
Dah ada tv tiba untuk dapatkan satu alat yang akan membuat tv kita smart. Alat berkenaan diberi nama Mini PC Tv. Macam - macam jenis ada kat pasaran. Ape kebenda Mini PC Tv.? Mini PC tv ni adalah thumb drive yang dalam nya ada operasi system(OS) android. Walaupun dia thumb drive namun fungsi ia hampir sama dengan pc atau spesifik mini pc. Ala senang citer macam smartphone android kauorang. cuma yang ni bezanya ia adalah macam thumb drive dan takdak skrin. Mini PC Tv ni mempunyai 1 HDMI port so port ni le akan dicocok ke HDMI tv kauorg. 
Mini PC Tv. 


Proses install senang je. kauorang just cocok je kat HDMI terus dah jadi smart tv. Sekarang ni tv kau orang dah boleh pakai internet samaada guna wifi atau bluetooth. 

kalu beli mini pc tv yang power dan mahal mungkin boleh pakai sim kad broadband. Sekarang ni  tv yang dicocok mini pc tv ini sudah berfungsi seperti smart phone android cuma tak bleh buat call(cal guna viber atau sms pakai whatapps boleh). 

Kalu anda suka sangat main ngan candy crush dan angry bird pun boleh gak main. dapat kan bluetooth mouse untuk kontrol(of coz kalu smartphone leh slide and touch tp tv mana bleh so kenalah pakai mouse dan keyboard.)

So apa tunggu lagi boleh cuba DIY smart tv sendiri dibawah ni bahan dan ramuan yang diperlukan:

Bahan utama:
1. RM 0 : TV - kau org dah ada tv so no cost lah
2. RM 195 : Mini PC Tv(Mini PC TV Dongle MK809 II Android 4.1) boleh dibeli di lazada.com.my 
3. RM 40 : Bluetooth mouse 

So total cost dalam  RM 235 
Jimatkan. Selamat mencuba