Friday, June 2, 2017

DIY Mesin Rumput

Saya pasti ramai diantara anda ada laman rumah yang dihiasi rumput karpet yang menghijau. Namun dari hari ke hari terasa sakit mata memandang bila mana rumput berkenaan mula membesar dan memanjang. Lagi sakit hati bila didapati sang lalang menguasai landskap rumah anda.

Nak merumput menggunakan gunting terasa penat, nak menyabit sakit pinggang last-last upah orang potong rumput kerana nak beli mesin potong rumput tak mampu.

Saya pasti disetiap rumah mesti ada drill. Tak kira yang besar atau yang kecil, yang power dan yang teka berapa power pasti ada. Kerana apa basanya drill akan digunakan untuk tebuk lubang pada dinding untuk pasang gambar. Satu lagi biasanya bila nak raya ramai guna untuk pasang langsir baru hehehe.

Ok dipendekkan cerita, kali ni saya akan tunjukkan cara mudah untuk potong rumput tanpa memenatkan anda dengan mencipta mesin rumput mengguna drill tangan.


Bahan-bahan
  1. Drill ( tak kisah apa brand kalau boleh pakai yang boleh drill dinding dan pakai elektrik kalau yang bateri takut tak cukup power untuk potong rumput)
  2. Tali Nylon mesin rumput (Cari dikedai hardware harga berbagai)
  3. batang besi - 3 kaki atau ikut keselesaan jika orang tinggi mungkin kena panjang sikit
  4. Cable ties
  5. extension kabel - ikut keluasan kawasan yang hendak digunakan
  6. Sarung tangan
  7. Cermin mata

Cara-caranya

  1. Potong batang besi panjang lebih kurang 3'. Batang besi yang saya gunakan adalah batang besi yang mempunyai bebenang skru(threading). Boleh juga guna besi lain janji ianya panjang. Harga yang saya beli RM 5 panjang 6'.
  2. Ambil tali nylon sepanjang 12cm hingga 15cm. Tali nylon jangan panjang sangat nanti timbul masalah 
    • sangkut dan berbelit pada rumput jika ianya panjang. 
    • akan membuat drill bergegar dan goyang 
  3. Tali nylon boleh didapati dikedai hardware. Harga yang saya beli dalam rm 5 untuk satu gulung tak pasti berapa panjangnya tapi banyak le 
  4. Ikat tali nylon pada hujung besi dengan menggunakan cable ties. Pastikan ianya diikat dengan kuat dan perlu diikat sama panjang(ikat ditengah). Jika panjang tali nylon tidak sama ia akan menyebabkan drill akan bergegar kerana tiada kesimbangan.
Ikat dengan cable ties
Ikat dengan ketat

Buat ikatan kedua. Ikat secara bertentangan dengan ikat yang pertama

Ikat berbetunk X

Pasang ikatan ketiga untuk memegang lebihan cable ties 1 dan 2. Ikatan ketiga diperlukan untuk pegang tali nylon dari terlepas keluar dari batang besi.

Dah ready untuk beraksi

Cara memotong rumput

Untuk memotong rumput dengan lebih efektif, anda perlu mengunakan kaedah mengundur. Iaitu anda perlu bergerak kebelakang ketika memotong rumput. Ini kerana disebabkan kedudukan drill condong dalam 45 darjah. dan agak sukar untuk memotong seperti mesin rumput biasa dengan menggunakan drill.



Berapa Kos? 

Batang besi                        =      RM 5
Tali Nylon mesin rumput     =      RM 5     (boleh pakai banyak kali)
Cable ties                           =      RM 4   
________________________________  
Jumlah                               =       RM 14
________________________________

* harga drill tidak diambil kira kerana ia adalah barang sedia ada tapi kalau tiada
mungkin boleh beli harga drill antara RM 150 - RM 250.
Kalau dibandaingkan dengan mesin rumput
  • RM400 - RM 1000++ (Pakai minyak) 
  • RM 150 - RM 350 (Elektrik)

Tips
  1. Pakai sarung tangan untuk elak daripada haba panas drill dan takut terpengang batang besi yang berputar.
  2. Guna cermin mata keselamatan atau cermin mata biasa bagi mengelak daripada batu-batu kecil yang melantun.
  3. Pakai seluar panjang semasa memotong rumput.
So selamat mencuba dan berhati-hati dengan kabel elektrik. Walaupun kaedah DIY menjimatkan anda perlu juga menitik beratkan soal keselamatan. Make sure ada insuran hehehehe.

3 comments: