Monday, December 31, 2018

Sinki IKEA bermasalah - IKEA Hack

Sinki IKEA Bermasalah

Cara baiki perangkap sampah pada sinki

Saya pasti ramai penggemar barangan IKEA di sini. Memang tak dinafikan barangan IKEA memang menarik dari segi design dan harga pun ok. Namun biasalah barang IKEA juga tak lari dari memberi masalah kecil yang mana kadang-kadang susah untuk kita baiki dan barang spare part juga susah nak cari yang sesuai bagi membaiki.

Kali ini saya akan tunjuk cara-cara baiki perangkap sampah pada sinki. Saya tak pasti namanya tapi saya panggil perangkap sampah boleh rujuk gambar dibawah.







Isu dan Masalah

Biasanya perangkap sampah pada sinki jenis ini akan rosak pada getah di bahagian bawahnya. Getah berkenaan adalah dibuat bertujuan untuk menakung air dalam sinki. Bila dah lama-lama getah berkenaan samaada rosak, koyak dan tercabut. Bila dah tercabut maka perangkap sampah tadi akan memberi masalah yang mana aliran air keluar dari sinki akan menjadi perlahan kerana bila tiada getah dibahagian bawah perangkap sampah berkenaan maka ruang antara lubang sinki dan perangkap sampah akan menjadi rapat menyebabkan air akan keluar secara perlahan atau pun langsung tidak keluar.

Penyelesaian

Jadi penyelesaiannya mudah sahaja, dengan hanya menggunakan cable tie sahaja kita dapat menyelesaikan masalah air yang keluar perlahan. Cara pemasangan boleh rujuk gambar dibawah.

Cable Tie
Pasang cable tie pada perangkap sampah - pandangan bawah. Bulatan hitam tu adalah tempat getah dipasang. 
Cable tie dipasang pada perangkap sampah - pandangan atas


Untuk makluman penyelesaian ini hanya untuk menyelesaikan masalah air keluar dari sinki secara perlahan sahaja. Dengan pemasangan cable tie maka ada ruang antara lubang keluar air dan perangkap sampah pada sinki.

Jadi, cara penyelesaian yang murah jika dan senang. Tak perlu lagi beli sinki baru atau mencari perangkap sampah sinki yang baru. Harap dapat membantu.

Kos

  1. Cable tie sebatang je = ????  1 sen kot

Selamat mencuba semoga artikel ini bermanfaat.