Sunday, January 6, 2019

Sinki bilik air bocor lagi...

Sinki bilik air bocor lagi...

Sinki bilik air

Kebocoran pada sinki
Biasakan pagi-pagi, nak gosok gigi, buka paip di sinki bilik air tiba-tiba terasa air terpercik kena kaki.
Adoi apalah masalahnya? Nak panggil plumber baiki takut kena caj mahal. Almaklumlah zaman sekarang ni, sedangkan technician stesen tv berbayar datang rumah untuk check masalah siaran tak dapat pun dicaj RM 50.

Isu dan Masalah 

Ada beberapa sebab sinki anda bocor antaranya :-
  1. Paip bawah sinki mungkin pecah atau retak
  2. Penyambung paip longgar atau tercabut
  3. Getah pelapik antara sinki  sudah keras
  4. Skru pemegang perangkap sampah longgar
  5. Sinki anda tersumbat (bocor jika salah satu daripada sebab 1 - 4 ada)

Penyelesaian

Cara menukarkan paip sinki bilik air 


Langkah 1 :
Buka skru pada lubang penapis sampah yang terdapat pada sinki. 

Anda mungkin akan menghadapi masalah untuk membukanya kerana biasanya kalau usia sinki anda sudah lama maka skru tersebut akan berkarat dan menyukarkan untuk anda memutarkan skru akibat skru sudah rapuh. Apa perlu anda buat adalah gunakan kekuatan tangan dan ke sadoaan anda untuk menarik batang paip sebelah bawah sinki sehingga tercabut.

Buka skru pada lubang penapis sampah.
 Langkah 2 : 
Tarik atau cabut keluar paip dan perangkap sampah.

Jika batang paip pada dinding melekat atau digamkan pada salur air keluar maka anda perlu buka pengetat (tengah) pada perangkap sampah dan tarikh perangkap samapah keluar.

Tarik keluar batang paip dan perangkap sampah

Batang paip dan perangkap sampah sudah dikeluarakan.
Langkah 3:
Pasang batang paip berbentuk Y seperti dibawah. Pastikan getah (lutsinar) dipasang dengan betul iaitu bahagian getah yang tebal mengadap keatas manakala bahagian getah yang nipis pada sebelah bawah. Rujuk gambar

Paip Y. Bahagian getah yang tebal mesti menghadap keatas iaitu berada dibawah skru pengetat.

Langkah 4:
Pasang paip Y pada sinki. Jangan ketatkan dulu. Langkah ini adalah untuk buat ukuran bagi kedudukan perangkap sampah.

Pasang paip Y.

Ukur jarak kedudukan lubang pada dinding  dengan sinki
Anda perlu buat ukuran jarak kedudukan lubang pada dinding. Kemudian laraskan getah pada paip Y mengikut jarak kedudukan lubang pada dinding. Kemudian pasang perangkap sampah.

Pasang perangkap sampah
Langkah 5 :
Ukur jarak perangkap sampah dengan lubang pada dinding. Ukuran diambil dari dinding ke hujung batang paip perangkap sampah. 

Contoh dalam gambar di bawah jarak dari dinding ke  hujung perangkap sampah ialah 2.5inchi. 

Kedalaman penyambungan paip 1 inchi. Disini ada 2 kedalaman
penyambungan paip iaitu paip pada dinding dan pada
perangkap sampah


Anda perlu tambah 2 inchi iaitu 1 inchi X 2 kedalaman penyambung pada paip.  
Menjadikan jumlah 4.5 inchi panjang paip yang perlu dipotong.



Langkah 6 :
Potong paip mengikut ukuran yang telah diukur dalam langkah 5.

Potong paip menggunkan gergaji besi.
Pasang penutup, getah dan skru pengetat pada paip yang dipotong. Pastikan kedudukan seperti dalam gambar di bawah. Bahagian getah yang nipis perlu menghala pada perangkap sampah manakala bahagian getah yang tebal berada diantara skru pengetat.
Kedudukan getah dan skru pengetat setelah paip dipotong ikut ukuran.


Langkah 7 :
Buka balik paip Y yang telah di skrukan pada sinki. Pasang paip dan perangkap sampah seperti gambar di bawah. Skru pengetat tak perlu diketatkan lagi.

Pasang paip dan perangkap sampah


Langkah 8 :
Pasangkan paip dan perangkap sampah pada dinding dan sinki.  Sebelum pasang pastikan sinki anda tidak senget dengan mengguna timbang air. Jika sinki senget dikhuatiri penyambungan paip akan ada masalah seperti sukar untuk mengetatkan penyambungan dan mungkin akan ada gap/lubang yan tidak tertutup.  
Guna timbang air untuk pastikan sinki tidak senget


Ketatkan skru pada lubang sinki. 
Pasang semula dan ketatkan skru pada lubang sinki.

Ketatkan skru pengetat pada perangkap sampah (atas dan tengah)
Langkah 9 :
Setelah semua skru diketatkan bolehlah test dengan membiarkan air paip dibuka. Satu lagi cara lebih ekstrem untuk pastikan semua ok ialah tadah air dalam gayung atau baldi dan curahkan kedalam sinki. Ini untuk pastikan air memenuhi paip dan perangkap sampah. Kekadang jika buka paip sahaja tak nampak sangat kebocoran, dengan mencurahkan air menggunakan gayung akan dapat detect jika sambungan tak ketat atau kedudukan sinki senget.

Siap pasang bolehlah test

Masa

Proses pemasangan dianggarkan mengambil masa 20 - 30 minit bagi amatur. Pun begitu tak mustahil untuk anda buat dalam masa 10 - 15 minit.

Kos

Set paip dan perangkap sampah = RM 7.90
Set paip dan perangkap sampah
** Pastikan anda beritahu pada kedai hardware set untuk sinki bilik air.
Set sinki dapur mungkin berbeza

Info Tambahan

Dijual 1 set 

Getah pelapik antar sinki dan paip
(kebocoran biasanya disebabkan oleh getah ini mengeras)

Kedudukan getah pelapik pada paip Y

Pemasangan Paip Y, getah dan lubang sinki 


Selamat mencuba semoga artikel ini bermanfaat.


4 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ni..sangat2 membantu.

    ReplyDelete
  2. Salam.. Saya dah follow step Di atas tapi jadi masalah air keluar dari lubang dinding.. macam mana nak atasi masalah nie

    ReplyDelete
  3. Terbaik, terima kasih diatas perkongsian.

    ReplyDelete