Saturday, November 2, 2013

Alahai bumbung bocor

Kali ni DIY aku adalah tampal bumbung yang bocor. Pasti ramai yang dah tahu cara- cara nak tampal bumbung bocor namun aku nak cerita gak cam na nak tampal bumbung bocor coz laman blog ni adalah blog dari amatur kepada amatur.

Banyak yang anda boleh save (RM) kalu wat sendiri, boleh dikatakan berganda2 le savenya. Tak percaya cuba call orang yang baiki bumbung berapa dia caj?

Ok menampal bumbung yang bocor bukanlah susah kerjanya senang je. Namun dalam kesenangan itu ada kesusahannya.

Senangnya

  1. Kesan tempat bocor pastu sapukan tar atau silicon atau simen


Susahnya:
Bawah bumbung

  1. Nak cari tempat bocor
  2. Nak panjat bumbung
  3. Malas(paling ramai mengatakan susah keranan malas) :-)
Cam na nak kesan kebocoran bumbung?
  1. Tengok pada siling (biasanya jika ada tompokan hitam atau warna sepert teh tarik maka disitu lah lokasinya)
  2. Pastu pada siling berkenaan anda buka dan tengok pada bawah bumbung dari siling berkenaan.
  3. Cari kesan air yang boleh nampak pada kayu dibawah bumbung(alang)
  4. Jika terdapat kesan pada kayu atau dah tahu mana punca aliran air tibanya masanya untuk proses menampal bumbung.
  5. Untuk tampal bumbung kena buat disebelah atas bumbung( nak buat sebelah bawah pun boleh tapi tak praktikal).
Cara nak tampal dan tempat yg perlu ditampal.
  1. Lokasi kebocoran telah dikesan kalu tak jumpa punca kebocoran anda boleh agak2 je tapi sakit sikit le kerana kita nak kena tampal banyak.
  2. Panjat bumbung dan pergi ketempat yang dikesan kebocoran.
Biasanya kita perlu tampal pada bumbung yang paling hujung. Yanga paling hujung ada dua keadaan iaitu rabung dan pertemuan saliran.

Anak panah menunjukkan tempat yang biasa berlakunya bocor.
Kenapa bocor?

Biasanya kebocoran diakibat dari 
  1. simen yang ditampal pada rabung sudah pecah atau retak
  2. atap genting lari dari kedudukan asal(teralih atau bergerak atau jatuh)
  3. bagi bumbung zink atau asbestor biasanya disebabkan ada lubang atau pecah atau ada benda keras jatuh keatas bumbung.
Bahan tampalan
  1. Tar
  2. Simen
  3. Silicon
Tar ditampal pada lubang atau rekahan yang terdapat pada bumbung

Rekahan simen pada salur udara disapu dengan tar
Silikon

Tar


Berapa Kos? 
Murah je 1 tin(gambar diatas) harga tar RM 23 tin besar(lebih kurang 1liter) yang kecik RM 8.80 300ml kalu tak silap.

Silicon 1batang berharga RM8 + RM 10(sarung penekan silikon)

Simen beli yang timbang dalam 1kg RM 2


Mana yang elok?
Paling mudah digunakan adalah silikon ianya kemas dan bersih tahan panas juga
Tar mencomotkan bumbung kerana color hitam ia juga tahan panas murah compare to silikon.
Simen antara yang termurah. ketahanan bergantung pada bancuhan simen.

Tips
  1. Tampal bumbung pada waktu pagi. Sebelum bumbung menjadi panas. Jika panas ia akan memberi masalah pada anda untuk memanjat dan jika guna bahan tar ianya lambat kering kerana bumbung yang panas akan mencairkan tar tersebut.
So selamat mencuba dan berhati-hati memanjat bumbung. Walaupun kaedah DIY menjimatkan anda perlu juga menitik beratkan soal keselamatan. Make sure amik insuran dulu hehehehe.