Saturday, November 2, 2013

Alahai bumbung bocor

Kali ni DIY aku adalah tampal bumbung yang bocor. Pasti ramai yang dah tahu cara- cara nak tampal bumbung bocor namun aku nak cerita gak cam na nak tampal bumbung bocor coz laman blog ni adalah blog dari amatur kepada amatur.

Banyak yang anda boleh save (RM) kalu wat sendiri, boleh dikatakan berganda2 le savenya. Tak percaya cuba call orang yang baiki bumbung berapa dia caj?

Ok menampal bumbung yang bocor bukanlah susah kerjanya senang je. Namun dalam kesenangan itu ada kesusahannya.

Senangnya

  1. Kesan tempat bocor pastu sapukan tar atau silicon atau simen


Susahnya:
Bawah bumbung

  1. Nak cari tempat bocor
  2. Nak panjat bumbung
  3. Malas(paling ramai mengatakan susah keranan malas) :-)
Cam na nak kesan kebocoran bumbung?
  1. Tengok pada siling (biasanya jika ada tompokan hitam atau warna sepert teh tarik maka disitu lah lokasinya)
  2. Pastu pada siling berkenaan anda buka dan tengok pada bawah bumbung dari siling berkenaan.
  3. Cari kesan air yang boleh nampak pada kayu dibawah bumbung(alang)
  4. Jika terdapat kesan pada kayu atau dah tahu mana punca aliran air tibanya masanya untuk proses menampal bumbung.
  5. Untuk tampal bumbung kena buat disebelah atas bumbung( nak buat sebelah bawah pun boleh tapi tak praktikal).
Cara nak tampal dan tempat yg perlu ditampal.
  1. Lokasi kebocoran telah dikesan kalu tak jumpa punca kebocoran anda boleh agak2 je tapi sakit sikit le kerana kita nak kena tampal banyak.
  2. Panjat bumbung dan pergi ketempat yang dikesan kebocoran.
Biasanya kita perlu tampal pada bumbung yang paling hujung. Yanga paling hujung ada dua keadaan iaitu rabung dan pertemuan saliran.

Anak panah menunjukkan tempat yang biasa berlakunya bocor.
Kenapa bocor?

Biasanya kebocoran diakibat dari 
  1. simen yang ditampal pada rabung sudah pecah atau retak
  2. atap genting lari dari kedudukan asal(teralih atau bergerak atau jatuh)
  3. bagi bumbung zink atau asbestor biasanya disebabkan ada lubang atau pecah atau ada benda keras jatuh keatas bumbung.
Bahan tampalan
  1. Tar
  2. Simen
  3. Silicon
Tar ditampal pada lubang atau rekahan yang terdapat pada bumbung

Rekahan simen pada salur udara disapu dengan tar
Silikon

Tar


Berapa Kos? 
Murah je 1 tin(gambar diatas) harga tar RM 23 tin besar(lebih kurang 1liter) yang kecik RM 8.80 300ml kalu tak silap.

Silicon 1batang berharga RM8 + RM 10(sarung penekan silikon)

Simen beli yang timbang dalam 1kg RM 2


Mana yang elok?
Paling mudah digunakan adalah silikon ianya kemas dan bersih tahan panas juga
Tar mencomotkan bumbung kerana color hitam ia juga tahan panas murah compare to silikon.
Simen antara yang termurah. ketahanan bergantung pada bancuhan simen.

Tips
  1. Tampal bumbung pada waktu pagi. Sebelum bumbung menjadi panas. Jika panas ia akan memberi masalah pada anda untuk memanjat dan jika guna bahan tar ianya lambat kering kerana bumbung yang panas akan mencairkan tar tersebut.
So selamat mencuba dan berhati-hati memanjat bumbung. Walaupun kaedah DIY menjimatkan anda perlu juga menitik beratkan soal keselamatan. Make sure amik insuran dulu hehehehe.



 


85 comments:

  1. Tq,mahal jg nk suruh contractor buat.br kena ari ni rm 1500 utk satu tmp bovor je

    ReplyDelete
  2. Cik juliana nyadong.ye ke 1.5k?..dah berlipat ganda tu.biase sy caj utk teres single.xsmpai pun rm500.

    ReplyDelete
  3. Boleh tunjuk cara panjat bumbung , kat mana nak letak tangga, nak jalan camane atas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara nak panjat ni kena brhati2. Jika rumah dua tingkat dan bumbung jenis genting pastikan tangga diletakan antara rabung.
      Pastikan anda berjalan dengan merendahkan badan(berjalan itik adalah cara terbaik) semasa berjalan diatas bumbung supaya pusat graviti rendah dan anda lebih stabil.
      Untuk jalan pastikan anda pijak pada tempat yang betul jika atap genting tiada masalah sangat boleh je pijak mana2 sebab kayu alang bumbung jenis ini rapat2. Tapi kena juga hati2, kalau nak selamat pijak pada hujung atap genting yang bertindih.
      Bagi atap zink atau asbestor pastikan anda berjalan mengikut paku yang ada pada atap zink atau asbestor. Jangan pijak selain daripada tempat yang tiada paku kerana jarak alang bagi bumbung jenis ini adalah jauh. takut nanti anda terpijak tengah bumbung zink yang tiada sokongan alang boleh menyebabkan anda jatuh.

      Delete
  4. Syandra, area setapak jaya ada orang untuk repair atap yang bocor??

    ReplyDelete
  5. Bumbung rumah bocor bila hujan lebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba check kot2 ada daun atau sampah dicelah rabung. Ada juga kes air hujan akan masuk melalui celah2 rabung akibat laluan dia tersumbat lalu ianya melimpah menyebabkan air akan masukk kedalam bumbung. Angin kuat juga menjadi faktor bumbung bocor. Pastikan lubang2 pada perabung ditutup.

      Delete
    2. Bro diy... nak tanya.... pabila hujan lebat dan angin kuat...air hujan akan memasuki melalui rabung.... pabila sy naik atas bumbung... rabung tak bersimen dan lubang antara rabung dan atap agak besar... perlu di simen ke? Bagaimana nak campur simen? Tq bro diy

      Delete
    3. Yup kena simen. Supaya air yang ditiup angin tidak memasuki celah-celah antara genting. Campuran simen tak kisah. Kalau buat campuran pastikan pasir tidak banyak kelihatan dari simen. kalau kurang simen takut tak tahan lama. Simen boleh dibeli dengan timbang kilo begitu juga pasir ada dijual dalam guni. Untuk pasir jangan pasir halus sangat yang sederhana kasar.

      Delete
  6. trimas ksih utk info ni..
    sy nak tampal dinding..
    kat luar dinding ada slab agaknya..
    rumah sewa sy Tgkt 4..

    ReplyDelete
  7. Lokasi teres setingkat. nusari bayu 3 bandar baru sendayan seremban2... Ada tak tukang repair bumbung bocor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh wassap sy kalau nk repair di sendayan.
      Amir : 0134890883

      Delete
  8. Ada sesiapa yg boleh repair bumbung bocor masa hujan sekitar bayan baru pulau pinang..tel 0125512830..17-12-2016

    ReplyDelete
  9. Boleh cari saya jika bumbung rumah anda bocor.
    Kulim.bukit mertajam.
    Sungai petani.
    Sungai dua PP
    Kepala batas PP
    Padang serai
    Kuala ketil.
    Harga teres setingkat dari Rm100-Rm350
    Bgantung pada keadaan bumbung yg rosak.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ada tak contact yg boleh baiki area s.alam, alam megah ?

      Delete
  11. Klu tukar sekeping atap genting RM90 ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar dengan upah ke? atau dikira untuk tukar RM95/genting? Agak mahal. Biasa upah dikira berasingan. Harga genting lain dan harga upah lain.
      Kalau ikut buruh kasar harga upah sama dengan harga barang. Jika harga barang seribu maka upahnya seribu.

      Delete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Upah sahaja atau upah+barang2? Mahal sangat RM 90/keping kalu upah shj.

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Salam, ada sesiapa yg sediakan khidmat baiki siling bocor area s.alam tak?

    ReplyDelete
  15. Area puncak alam, ada sesiapa boleh buat repair bumbung?

    ReplyDelete
  16. area semenyih ada tak siapa2 cover ?

    ReplyDelete
  17. Area jalan kebun ade x yg bikeh repair..selalu bocor time hujan

    ReplyDelete
  18. Boleh call saya area perak.. 0134972068

    ReplyDelete
  19. Area batu pahat johor ada tak repair bumbung retak..

    ReplyDelete
  20. Salam.... ada cover area Selayang tak?

    ReplyDelete
  21. kalau wiring problem, sesiapa nak buat wiring ,atau nak repair wiring area puchong boleh call @wsp sy 0193776322, insyallah sy bole bantu.. harga wiring sy paling murah, kerja kemas dan kualiti,

    ReplyDelete
  22. belah chemor ad x contact number?

    ReplyDelete
  23. saya nak tanya kalau syiling plaster mcmcna kita nak tgk bocor dibawah bumbung tu sbb syilingnys susah nak buka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya syiling plaster dia akan ada ruang yang boleh buka. Cuba check biasanya ruang yang boleh buka tu berada dekat ngan dinding. Cuma nasihat saya kalau syiling plaster ni jangan tuan panjat naik atas syiling takut roboh.
      Satu lagi biasanya syiling di kawasan yang bocor akan rosak tuan boleh potong je kawasan yang rosak tu guna gergaji yang potong besi. Penggantian syiling plaster boleh dibuat dengan membeli syiling plaster dan plaster di kedai hardware. Potong syiling ikut luas kawasan yang rosak. Untuk tampal senang je, tengok kat atas syiling tu ada aluminium yang tergantung, tuan boleh skru syiling pada aluminium tu. Untuk kemaskan kawasan yang dipotong guna plaster dan sapu dibahagian yang ada gap(ruang) antara syiling lama dan syiling baru. Boleh rujuk youtube macamana nak repair syiling plaster.

      Delete
  24. Salam tuan, kalo pakai waterproofing coating plak camne? Saya tak lalu nak upah orang dah. Setiap kali pun masih bocor walaupun da simen. Saya nak cuba baiki sendiri. Nak panjat syiling plaster nak cari punca bocor. Kalo naik syiling plaster ni kena pijak alang je la kan?

    ReplyDelete
  25. *"Untuk tampal bumbung kena buat disebelah atas bumbung( nak buat sebelah bawah pun boleh tapi tak praktikal)."*

    Tuan ....kalau guna method dr bawah x praktikal ....tetapi masih berkesan tak?? Ada apa apa kesan sampingan??

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum Tuan, Nak tanya kalau bumbung asbestos.. boleh ke buat waterproofing...

    ReplyDelete
  27. Asslm En.amir,area Ampang cover x?

    ReplyDelete
  28. Kalau ada yg nak buat kekuda bumbung besi (lightweight steel truss) dan segala kerja berkaitan bumbung, boleh hubungi sy di 0183656223. Semua kawasan di Semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, bumbung atap genting selalu bocor. Single storey kalo tampal guna apa? Kalo waterproof berapa bajet? Terima kasih

      Delete
  29. Assalamualaikum, boleh tak buat area sg buloh?

    ReplyDelete
  30. atap bocor taman bukit sendayan..boleh buat tak boss....

    ReplyDelete
  31. Saya nak baiki bumbung bocor, area kota tinggi ada tak....hubungi saya segera 0196434876

    ReplyDelete
  32. Tuan...klu kebocoran melalui dinding antara bumbung dan syiling.( Bocor melalui rekahan dinding antara bumbung dan syiling)...Bila hujan air mengalir melalui rekahan dinding dan terkena syling bahagian tepi dinding...

    ReplyDelete
  33. kawasan seremban dan kawasan selangor nak sambung rumah .ikat batu.mozek.buat rumah baru.repair rumah.semua boleh.boleh call 0139535616.firdaus

    ReplyDelete
  34. atap kekuda aluminium...macam seram je nak pijak atap...

    ReplyDelete
  35. terima kasih atas ilmu yg dikongsi. sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  36. Bacuhan simen yg mcm mana terbaik..sbb selepas 3-4 bulan simen akan crack balik..@ ada special simen ke..?

    ReplyDelete
  37. Asalamualaikum, nak tanya ttg upah menyeman perabong atap genting..
    Upah mengikut keping @ jarak...?

    ReplyDelete
  38. Salam..tuan puan spe nak tukar kayu anai anai makan ganti kekuda besi boleh whatsapp saya +60183754425 area KL selangor

    ReplyDelete
  39. Pertukangan,bumbung,paip air,mozek,table top,kabinet dapur,waincosting dll..area alor setar hingga sg petani kedah..siapa memerlukan perkhidmatan diatas sila hubungi @ whtapps :

    0147415276 Pn idayu (boss)
    0174071870 Tukang (jrg angkat call sbb dok buat kerja).. TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  40. Baru beli simen timbang kilo.

    Jika beli satu beg 50kg rm18.00

    Tadi beli 5kg yg timbang/kilo rm10.00 (jika byk org beli yg timbang kilo jumlah cth jd 50kg rm100.00

    Keuntungan rm82.00 (rm100-rm18)
    Pandai mrk niaga

    ReplyDelete
  41. Ssiapa ada bcor bumbung nk baiki atau tukar d kawasan sekitar perlis blh pm sya ya.klu ada kja2 diy baiki klngkpn drmh pn sya insyallh blh bntu kdar byaran bserta brg boleh atau uwner bli brg uph sya buat kja sja pn blh.😊😉0198214458

    ReplyDelete