Showing posts with label diy. Show all posts
Showing posts with label diy. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

Pernahkah anda terfikir....?

Post ni berkaitan dengan cara-cara dan teknik-teknik mudah dalam mengharungi kehidupan seharian.
Biasanya kita tidak terfikir apa yang akan anda saksikan ini. Ianya nampak simple tapi percayalah ia akan membuat hidup anda lebih bermakna.





Boleh rujuk link ini KLIK SAYA

Page ini bukan aku yang buat atau bukan idea aku ni aku dapat dari seorang kawan yang share kan.
Idea-idea sebegini yang aku cuba untuk paparkan pada kau orang semua.  So semoga ia memberi idea buat semua untuk berfikiran lebih kreatif.

Tuesday, October 30, 2012

Gelongsor terpakai

1st projek aku yang melibatkan kayu. Projek ni tercetus akibat dari desakan anak aku yang setiap minggu mahu pergi ke taman.

Aku mula dengan mengumpul kayu-kayu terbuang. Kayu ni aku amik di rumah mak mertua aku yang tengah buat renovation. Al maklum le nak jimat so guna kayu-kayu terbuang. Ok tak nak cerita banyak mari kita mulakan.

Mula dengan memilih atau cari kayu yang sama panjang, sama besar dan kalau boleh semuanya sama. kalau tak sama jangan risau. Ok projek aku kali ni seperti tajuk aku akan tunjuk cara nak buat gelongsor dari bahan dan kayu terpakai.


Bahan-bahan yang aku gunakan: kayu, kayu dan kayu :-). Untuk buat gelongsor kita perlukan kayu untuk buat tapak, kaki/kekuda dan papan untuk buat gelungsornya. Dah tentu juga kita perlukan tools seperti tukul, paku, pita pengukur dan apa-apa je yang menyenangkan kerja.

Untuk buat gelungsor kita kena tahu matematik sikit, so sapa yang kurang bijak matematik jangan risau anda boleh main hentam je. So dalam kes aku aku guna teori phytagoras (betul ke ejanya). Kau orang percaya ke? hahahaha

Dalam step ni pastikan ada 2 kayu panjang lebih kurang 6kaki untuk dijadikan tempat pemegang dan penyambung kepada kekuda. 2 kayu pendek untuk tiang, panjangnya terpulang, pastikan iannya panjang, 2 atau 3 kaki sudah cukup (tiang ni akan mempengaruhi sudut kecuraman bagi gelungsor. Kalau terlalu pendek ia tidak menghasilkan gelungsor yang langsung. 2 kayu pendek lagi dijadikan penyendal untuk kekuda gelungsor dan satu papan atau plywood yang sama panjang dengan kayu panjang.

Siap dipakukan dan diterbalikkan
Kayu panjang & papan dipakukan
Mula-mula pakukan kayu panjang dengan plywood atau papan gelungsor(rujuk rajah). Kayu panjang akan berada diposisi atas apa selesai dipakukan. Kayu panjang ni berfungsi sebagai pemegang papan gelungsor dan juga ia akan bertindak sebagai  penahan dan pemegang. Jika dilihat dirajah sebelah kayu panjang melebihi papan ini tidak mengapa.

Next, aku ukur ketinggian gazebo, kenapa aku buat begini? kerana aku akan jadikan gazebo aku sebagai entrance ke gelungsor. Kauorang boleh le wat pakai kerusi ke, meja ke kalu dah tak ada gazebo. Kalu dah tak de pita pengukur boleh ukur guna pencil(rujuk gambar sebelah). 


 Pakukan kayu tiang ke kayu panjang. Ulangi proses diatas untuk tiang satu lagi. Pastikan kaki atau tiang yang dipasang selari dengan gazebo atau base untuk entrance gelungsor. PETUA : paku satu dahulu kemudian test dahulu dan jika dah ok paku sebatang lagi.

  Setelah tiang dipakukan pada kayu panjang & papan gelungsor, guna 2 lagi kayu pendek dan pakukan kepada tiang dan papan gelungsor untuk dijadikan kekuda gelunsor. Ini akan mengukuhkan lagi gelungsor yang dibina. PETUA: Untuk memaku tiang dengan kekuda, alas tiang dengan sesuatu seperti gambar disebelah supaya senang untuk proses pemakuan.

Ulangi untuk kekuda yang kedua. Kali ni tiang tidak lagi goyang.

Untuk pastikan kaki dan kekuda gelungsor kita kuat dan kukuh, tambahan penyendal diperlukan. kali ini kita perlu pakukan kayu pada kedua-dua tiang. Pakukan juga sebatang kayu pada hujung gelungsor yang mana kayu ini berfungsi sebagai penyendal pada tanah.

Jika dilihat pada tiang saya sengaja lebihkan tiang tu atas sebab untuk dijadikan pemegang. Senang untuk kanak pegang sebelum mengelungsor. Tapi kalu tak mahu boleh le gergajikan.



Seterusnya dapatkan tikar getah atau kadbod atau apa saja yang boleh cover plywood/papan yang agak kasar agi kotor. Pastikan material yang digunakan bercirikan licin, tahan panas mentari dan tahan air. Cover keseluruhan gelungsor termasuk tiang & kayu supaya anak-anak tidak terkena selumbar. Kemaskan cover tadi dengan menggunakan paku tekan atau stapler. dah siap projek gelungsor. Masa untuk hasilkan lebih kurang 3jam. Selamat mencuba.

 


 

Sunday, June 12, 2011

Install Paip IKEA {model : Lagan - Single-lever kitchen mixer tap}


LAGAN
Single-lever kitchen mixer tap

RM79 (price at 14 Jun 2011)
Article Number : 001.737.60
Manual(IKEA) atau Manual 
**************************
Bukan nak promosi barang IKEA
**************************
Ni sejarah citer aku. Setahun yang lepas aku baru je masuk rumah. So tempah le kitchen kabinet @defflio kitchen. Kitchen kabinet dah cantik menarik dan memang lawa so nak kena padan kan dengan paip dan sinki yg cantik so pi le cari merata first ingat nak sambar je TEKA(sinki + kepala paip) namun hasrat tak tercapai coz of budget. Sinki TEKA je dah cecah RM 400 ++ tu blum masuk kepala paip.

So dari situ aku cari alternatif, sebenarnya x dak niat pun nak cari IKEA punya brg. Aku ingat beli yang made in China je buat sementara waktu. Ntah cam na bini aku teringin nak makan meat ball IKEA. So dengan x plan pusing le satu round kat ikea.


Pusing punya pusing terjumpa le kepala paip diatas. Murah je RM 79 pastu tengok sinki pun murah gak dlm RM 145


LAGAN
Single-bowl inset sink

RM145 ( price on 14 Jun 2011)
Article Number : 498.874.08

Ni sejarah citer aku. Setahun yang lepas aku baru je masuk rumah. So tempah le kitchen kabinet @defflio kitchen. Kitchen kabinet dah cantik menarik dan memang lawa so nak kena padan kan dengan paip dan sinki yg cantik so pi le cari merata first ingat nak sambar je TEKA(sinki + kepala paip) namun hasrat tak tercapai coz of budget. Sinki TEKA je dah cecah RM 400 ++ tu blum masuk kepala paip.

Kenapa aku tulis artikel ni?

Masa aku beli aku main beli je. Tak bertanya pada staff IKEA. Lagipun mana le aku tahu jenis-jenis paip ni. Dah beli dan buka kat dalam aku pening coz paip yang aku beli tu untuk hot and cold water.

Masalah mengundang. Ingatkan senang je nak pasang kepala paip ni, ye lah biasanye yang aku tengok just ada satu lubang pastu skrew je kat outlet paip yg ada kat dinding. Tapi untuk model LANGAN ni dia ada dua outlet panas dan sejuk yang mana penyambungnya kuprum dah masalah aku nak skrew kat mana.

Rajah 1

Nak tak nak aku pi kedai hardware tanya ada tak batang paip kuprum yang ada skrew(sambil tu aku bawa skali batang kuprum). Tokey kedai tu cakap ni kena wellding, alamak satu lagi masalah. Dalam kepala otak aku nak kena panggil plumber ni. Ala lari budget  le cam ni. 

Aku tak putus asa pi cari kedai hardware lain, namun nasib aku baik terjumpa benda alah ni(rajah 1) yang muat2 dengan batang kuprum LAGAN.

Rajah 1 nama dia Brass Male Threaded Adapter(ni nama dalam internet kalu  kedai hardware aku tak pasti apa yg dipanggil). Benda ni aku jumpa kat kedai hardware di Sri Gombak(nama kedai aku tak ingat, kedai Cina lokasi dia cari restoren TAQWA, dia berada diblok belakang restoren TAQWA, satu blok dengan kedai DIY yang bertentangan dengan Restoren awwal maju.

Dah jumpa benda alah ni satu lagi problem kat mana nak wellding? Mula2 aku tanya orang yang buat grill dikata tak bleh pateri coz material dia bukan besi, ooo rupanya ada macam2 jenis wellding, yang besi hanya untuk besi dan yang kuprum/tembaga ada khas untuk kuprum.

aku pi ke bengkel kereta berdekatan. Hampir semua bengkel kereta tak dak alat pateri untuk kuprum.  Pastu ada satu abang dibengkel keta kata cuba cari orang pasang aircond diorang boleh buat. Lor mana plak nak cari tu. Hampir berbulan gak projek paip aku terbengkalai.

Brass Male Threade Adapter dipateri pada batang kuprum

Last sekali(aku tau org dah boring baca cerita aku ni), aku terjumpa kedai wellding dijalan Ipoh sebelah pusat service Tan Choong berdekatan dengan komplek mutiara. Kedai boleh wellding besi dan juga kuprum. Kat situ banyak kedai ada bengkel dan macam2 lg tempat recycle pun ada so kedai yg aku pegi ni dia buat troli, ha kalu U all nampak troli barang yang tayar 2 ha tu la kedai dia. Dia charge RM 10 satu batang so aku kena RM 20 utk dua batang. So balik umah kalu jalankan projek aku dan wallah siap. Tapi malangnya wellding yg dibuat ada kebocoran, so air terkeluar. esoknya aku pi complain kat uncle tu so dia buat balik FOC le sebab dia wellding tak betul. So peringatan kau org check wellding tu dulu sebelum balik tengok kalu wellding tak smooth suruh di buat biar smooth. 

Penyambung "T"

Macam mana nak pasang coz kepala paip sekarang ada dua oulet. senang je sambung kedua2 batang tadi kepada outlet paip yang ada kat dinding tu. Boleh guna penyambung 'T'






 Pastu guna connector ni untuk sambung kedua2 batang sejuk dan panas tadi.

Connector

Sekian saja coretan DIY aku. Dibawah ni aku sertakan ringkasan beserta dengan kira2 kosnya sekali untuk U all.

Ringkasan

Total cost : 

Kepala Paip = RM 79

Brass male threaded adapter = RM 2 X 2 

Penyambung T = RM 1

Connector= RM 12 x 2 (quality baik) kalu pakai yang murah mungkin tak tahan lama)

Upah pateri = RM 10 x 2

So jumlah keseluruhan = RM 128.