Ada beberapa teknik yang aku terbaca dari laman blog cara untuk halau kucing dari membuang hajat merata-rata dikawasan rumah. Antaranya ialah menyembur cuka dipagar atau kawasan yang dimasuki kucing, letak minyak diesel, minyak bekas goreng ikan, ada juga yang menggunakan hi-tech ia ultrasonic yang boleh mengeluarkan bunyi yang boleh menakut kucing, ada juga yang menyarankan agar kita mengisi botol air mineral dengan air paip dan diletakan dilaluan kucing dengan alasan bila kucing melihat botol akan ada reflection dari air dan reflection ni boleh menalutkan kucing berkenaan.

Aku ada cuba beberapa cara di atas namun aku tak dapat nak buktikan sejauh mana kebenarannya sebagai contoh aku pernah mencuba letak air didalam botol mineral(sehingga sekarang aku guna teknik ini iaitu aku letak botol mineral diatas keta. Nampaknya sekarang sudah tiada bulu kucing yang melekat pada keta. Nape letak botol air mineral yang mengandungi air...?Alasannya simple je bila kucing tu tengok botol tu dia ada reflection kucing kat botol, yg mana reflection tu akan membuat kucing nampak besar atau gemuk ini akan menakutkan kucing berkenaan. Namun aku x boleh katakan bahawa kaedah ini berkesan kerana aku tidak membuat pemerhatian (tak sanggup aku nak berjaga malam semata-mata kerana nak tengok hasilnya).

Aku juga ada letakkan minyak diesel dipagar (jgn letak atas rumput nanti rumput akan mati) kaedah ini juga nampak cam berjaya kerana jika dulu dikawasan halaman rumah akan seminggu sekali pasti ada najis kucing tapi setelah aku letak minyak diesel hampar 2.5 minggu tiada kesan najis pun begitu masuk je minggu ketiga dah ada balik ini mungkin kesan minyak diesel hilang akibat hujan.
 |
Bawah Gazebo spot paling favourite bagi kucing jiranku
melabur |
Selain dari teknik yang aku sebut diatas aku ada terpikir satu teknik lagi yang mungkin secara logiknya kurang efektif tapi sebenarnya memang efektif. Teknik ni ialah dengan meletakkan jaring/pagar jaring dikawasan laman rumah. Teknik ni aku ada buat eksperimen dihalaman rumah aku. Aku letak pagar jaring diatas rumput yang mana dahulunya menjadi favourite kucing jiran aku membuang. sehingga sekarang dah masukk 6 bulan tiada kesan tompokan najis kucing pun. Bukan sahaja dilaman depan rumah aku buat lagi eksperimen dikawasan lebih luas dibelakang rumah aku dgn keluasan lebih kurang 400kaki persegi. Kawasan belakang rumah aku juga adalah tempat favourite kucing2 jiran aku membuang. Setelah aku letak pagar jaring dispot berkenaan, aku dapati kawasan yang ada pagar jaring tiada najis malah kali ni lokasi najis telah berpindah ke kawasan yang tiada pagar jaring. So secara logiknya kucing akan mencari kawasan yang senang untuk dia membuang dan menyembunyikan najis mereka. Oleh kerana ada jaring maka proses nak menggali dan menguis tanah/pasir atau rumput susah dilakukan oleh kucing itu pasal dipindah lokasi membuang.

So U all boleh tengok gambar dibawah cam na aku pasang pagar jaring senang je just letak kat atas tanah dah siap atau sapa yang creatif skit boleh buat macam kotak jaring.
Sekian selamat mencuba.