Aku mula dengan mengumpul kayu-kayu terbuang. Kayu ni aku amik di rumah mak mertua aku yang tengah buat renovation. Al maklum le nak jimat so guna kayu-kayu terbuang. Ok tak nak cerita banyak mari kita mulakan.
Mula dengan memilih atau cari kayu yang sama panjang, sama besar dan kalau boleh semuanya sama. kalau tak sama jangan risau. Ok projek aku kali ni seperti tajuk aku akan tunjuk cara nak buat gelongsor dari bahan dan kayu terpakai.
Untuk buat gelungsor kita kena tahu matematik sikit, so sapa yang kurang bijak matematik jangan risau anda boleh main hentam je. So dalam kes aku aku guna teori phytagoras (betul ke ejanya). Kau orang percaya ke? hahahaha
Dalam step ni pastikan ada 2 kayu panjang lebih kurang 6kaki untuk dijadikan tempat pemegang dan penyambung kepada kekuda. 2 kayu pendek untuk tiang, panjangnya terpulang, pastikan iannya panjang, 2 atau 3 kaki sudah cukup (tiang ni akan mempengaruhi sudut kecuraman bagi gelungsor. Kalau terlalu pendek ia tidak menghasilkan gelungsor yang langsung. 2 kayu pendek lagi dijadikan penyendal untuk kekuda gelungsor dan satu papan atau plywood yang sama panjang dengan kayu panjang.
Kayu panjang & papan dipakukan |
Mula-mula pakukan kayu panjang dengan plywood atau papan gelungsor(rujuk rajah). Kayu panjang akan berada diposisi atas apa selesai dipakukan. Kayu panjang ni berfungsi sebagai pemegang papan gelungsor dan juga ia akan bertindak sebagai penahan dan pemegang. Jika dilihat dirajah sebelah kayu panjang melebihi papan ini tidak mengapa.
Pakukan kayu tiang ke kayu panjang. Ulangi proses diatas untuk tiang satu lagi. Pastikan kaki atau tiang yang dipasang selari dengan gazebo atau base untuk entrance gelungsor. PETUA : paku satu dahulu kemudian test dahulu dan jika dah ok paku sebatang lagi.
Setelah tiang dipakukan pada kayu panjang & papan gelungsor, guna 2 lagi kayu pendek dan pakukan kepada tiang dan papan gelungsor untuk dijadikan kekuda gelunsor. Ini akan mengukuhkan lagi gelungsor yang dibina. PETUA: Untuk memaku tiang dengan kekuda, alas tiang dengan sesuatu seperti gambar disebelah supaya senang untuk proses pemakuan.
Ulangi untuk kekuda yang kedua. Kali ni tiang tidak lagi goyang.
Untuk pastikan kaki dan kekuda gelungsor kita kuat dan kukuh, tambahan penyendal diperlukan. kali ini kita perlu pakukan kayu pada kedua-dua tiang. Pakukan juga sebatang kayu pada hujung gelungsor yang mana kayu ini berfungsi sebagai penyendal pada tanah.
Jika dilihat pada tiang saya sengaja lebihkan tiang tu atas sebab untuk dijadikan pemegang. Senang untuk kanak pegang sebelum mengelungsor. Tapi kalu tak mahu boleh le gergajikan.