Aku ada cuba beberapa cara di atas namun aku tak dapat nak buktikan sejauh mana kebenarannya sebagai contoh aku pernah mencuba letak air didalam botol mineral(sehingga sekarang aku guna teknik ini iaitu aku letak botol mineral diatas keta. Nampaknya sekarang sudah tiada bulu kucing yang melekat pada keta. Nape letak botol air mineral yang mengandungi air...?Alasannya simple je bila kucing tu tengok botol tu dia ada reflection kucing kat botol, yg mana reflection tu akan membuat kucing nampak besar atau gemuk ini akan menakutkan kucing berkenaan. Namun aku x boleh katakan bahawa kaedah ini berkesan kerana aku tidak membuat pemerhatian (tak sanggup aku nak berjaga malam semata-mata kerana nak tengok hasilnya).

Aku juga ada letakkan minyak diesel dipagar (jgn letak atas rumput nanti rumput akan mati) kaedah ini juga nampak cam berjaya kerana jika dulu dikawasan halaman rumah akan seminggu sekali pasti ada najis kucing tapi setelah aku letak minyak diesel hampar 2.5 minggu tiada kesan najis pun begitu masuk je minggu ketiga dah ada balik ini mungkin kesan minyak diesel hilang akibat hujan.
| Bawah Gazebo spot paling favourite bagi kucing jiranku melabur |
Sekian selamat mencuba.

