Sinki bilik air bocor lagi...
![]() |
Sinki bilik air |
![]() |
Kebocoran pada sinki |
Adoi apalah masalahnya? Nak panggil plumber baiki takut kena caj mahal. Almaklumlah zaman sekarang ni, sedangkan technician stesen tv berbayar datang rumah untuk check masalah siaran tak dapat pun dicaj RM 50.
Isu dan Masalah
Ada beberapa sebab sinki anda bocor antaranya :-
- Paip bawah sinki mungkin pecah atau retak
- Penyambung paip longgar atau tercabut
- Getah pelapik antara sinki sudah keras
- Skru pemegang perangkap sampah longgar
- Sinki anda tersumbat (bocor jika salah satu daripada sebab 1 - 4 ada)
Penyelesaian
Cara menukarkan paip sinki bilik air
Langkah 1 :
Buka skru pada lubang penapis sampah yang terdapat pada sinki.
Anda mungkin akan menghadapi masalah untuk membukanya kerana biasanya kalau usia sinki anda sudah lama maka skru tersebut akan berkarat dan menyukarkan untuk anda memutarkan skru akibat skru sudah rapuh. Apa perlu anda buat adalah gunakan kekuatan tangan dan ke sadoaan anda untuk menarik batang paip sebelah bawah sinki sehingga tercabut.
Tarik atau cabut keluar paip dan perangkap sampah.
Jika batang paip pada dinding melekat atau digamkan pada salur air keluar maka anda perlu buka pengetat (tengah) pada perangkap sampah dan tarikh perangkap samapah keluar.
![]() |
Tarik keluar batang paip dan perangkap sampah |
![]() |
Batang paip dan perangkap sampah sudah dikeluarakan. |
Pasang batang paip berbentuk Y seperti dibawah. Pastikan getah (lutsinar) dipasang dengan betul iaitu bahagian getah yang tebal mengadap keatas manakala bahagian getah yang nipis pada sebelah bawah. Rujuk gambar
![]() |
Paip Y. Bahagian getah yang tebal mesti menghadap keatas iaitu berada dibawah skru pengetat. |
Langkah 4:
Pasang paip Y pada sinki. Jangan ketatkan dulu. Langkah ini adalah untuk buat ukuran bagi kedudukan perangkap sampah.
![]() |
Pasang paip Y. |
![]() |
Ukur jarak kedudukan lubang pada dinding dengan sinki |
![]() |
Pasang perangkap sampah |
Langkah 5 :
Ukur jarak perangkap sampah dengan lubang pada dinding. Ukuran diambil dari dinding ke hujung batang paip perangkap sampah.
Contoh dalam gambar di bawah jarak dari dinding ke hujung perangkap sampah ialah 2.5inchi.
![]() |
Kedalaman penyambungan paip 1 inchi. Disini ada 2 kedalaman penyambungan paip iaitu paip pada dinding dan pada perangkap sampah |
Anda perlu tambah 2 inchi iaitu 1 inchi X 2 kedalaman penyambung pada paip.
Menjadikan jumlah 4.5 inchi panjang paip yang perlu dipotong.
Langkah 6 :
Potong paip mengikut ukuran yang telah diukur dalam langkah 5.
![]() |
Potong paip menggunkan gergaji besi. |
![]() |
Kedudukan getah dan skru pengetat setelah paip dipotong ikut ukuran. |
Langkah 7 :
Buka balik paip Y yang telah di skrukan pada sinki. Pasang paip dan perangkap sampah seperti gambar di bawah. Skru pengetat tak perlu diketatkan lagi.
![]() |
Pasang paip dan perangkap sampah |
Langkah 8 :
Pasangkan paip dan perangkap sampah pada dinding dan sinki. Sebelum pasang pastikan sinki anda tidak senget dengan mengguna timbang air. Jika sinki senget dikhuatiri penyambungan paip akan ada masalah seperti sukar untuk mengetatkan penyambungan dan mungkin akan ada gap/lubang yan tidak tertutup.
![]() |
Guna timbang air untuk pastikan sinki tidak senget |
Ketatkan skru pada lubang sinki.
![]() |
Pasang semula dan ketatkan skru pada lubang sinki. |
Setelah semua skru diketatkan bolehlah test dengan membiarkan air paip dibuka. Satu lagi cara lebih ekstrem untuk pastikan semua ok ialah tadah air dalam gayung atau baldi dan curahkan kedalam sinki. Ini untuk pastikan air memenuhi paip dan perangkap sampah. Kekadang jika buka paip sahaja tak nampak sangat kebocoran, dengan mencurahkan air menggunakan gayung akan dapat detect jika sambungan tak ketat atau kedudukan sinki senget.
Masa
Proses pemasangan dianggarkan mengambil masa 20 - 30 minit bagi amatur. Pun begitu tak mustahil untuk anda buat dalam masa 10 - 15 minit.
Kos
Set paip dan perangkap sampah = RM 7.90
![]() |
Set paip dan perangkap sampah |
Set sinki dapur mungkin berbeza